WOMEN'S DAY EXCLUSIVE DEALS UP TO 50% OFF + FREE GIFTS (1-31 Mar)!

Sepintas Lalu Mengenai Syarikat Pengeluar Perkakas Memasak Revolusioner

Memasak dengan Instant Pot bagaikan mencipta keajaiban pada setiap hari.

Instant Pot menghasilkan perkakas dapur luar biasa yang menyediakan makanan sihat dan lazat secara mudah dan cepat. Sebaik sahaja produk ini dilancarkan, Instant Pot menjadi pemasak multifungsi yang paling digemari di Amerika, dan salah satu perkakas dapur kecil yang paling terlaris di dunia. Instant Pot telah menginspirasikan segelompok tukang masak rumah dan pencinta makanan dari komuniti global dalam menghasilkan resipi, buku dan forum dalam talian yang tak terkira. Dengan adanya pelbagai jenis model di pasaran sekarang, fungsi dan penggunaan baru masih terus dalam pembangunan. Instant Pot memudahkan keseronokan pemasakan dalam rumah, memupuk gaya hidup yang sihat, dan memberi anda lebih masa untuk menikmati hidangan enak dengan orang kesayangan anda.

Sejarah Kami:

Instant Brands Inc. ditubuhkan pada tahun 2009 oleh satu kumpulan Veteran Teknologi Kanada yang berhasrat untuk menerokai kategori penyediaan makanan mengikut pengalaman kehidupan peribadi. Objektif mereka ialah mencari penyelesaian yang membolehkan keluarga dan para profesional sibuk untuk menyediakan makanan dalam masa yang singkat, memupuk pemakanan yang lebih baik dan mengurangkan pengambilan makanan segera.

Pada penghujung tahun 2010, selepas 18 bulan yang melelahkan dalam penyelidikan, merekabentuk dan pembinaan, mereka memperkenalkan Instant Pot® CSG Pemasak Tekanan Program Multiguna. Produk tersebut dibina dengan mikropemproses dan menggabungkan fungsi lima jenis perkakas memasak ke dalam satu: periuk tekanan, periuk perlahan, periuk nasi, pengukus dan pemanas makanan. Pengenalan ini memang mendapat sambutan yang hebat, mendorong kumpulan ini terus membina lebih banyak produk serba boleh untuk memenuhi keperluan meningkat pasaran sasaran mereka.

Setiap produk Instant Pot® yang berikutan telah ditingkatkan tahap fungsi pemasakan, kesenangan dalam penggunaan dan ciri-ciri keselamatannya. Dalam tahun 2012, syarikat melancarkan Instant Pot® Lux 6-in-1 Pemasak Tekanan Program Multiguna yang merupakan pemasak tekanan yang paling canggih pada masa itu. Lux 6-in -1 dengan cepatnya menjadi produk terlaris di Amazon. Pencapaian ini membawa kepada penghasilan Instant Pot® Duo 7-in-1 Pemasak Tekanan Program Multiguna, yang boleh diguna sebagai periuk tekanan, periuk perlahan, periuk nasi, pembuat yogurt, kuali gorengan "saute", pengukus dan pemanas. Kesemua fungsi digabung dalam satu perkakas elektrik kecil yang menyenangkan. Instant Pot®Duo terlonjak ke puncak sebagai produk terlaris, memenangi kesemua kategori di Amazon.com dan terus kekal sebagai Produk Jualan Nombor Satu oleh Instant Brands Inc.

Instant Brands terusk memaju dengan penghasilan penggoreng udara dan pengisar memasak multifungsi yang revolusioner. Dengan adanya teknologi mesra pengguna dan minat untuk hidangan lazat, mereka berkomitmen untuk membantu orang seluruh dunia dalam penyediaan hidangan yang sihat dan lazat di atas meja dengan semakin mudah dan pantas.

Diedarkan Secara Rasmi oleh:

Focus Global Innovations Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pemasaran dinamik yang telah mencapai kecemerlangan dalam membina portfolio merangkumi lebih daripada 20 jenama global secara rasmi di Malaysia, Singapura dan Filipina sejak tahun 1991.

Nombor pendaftaran syarikat: 202001040585

Troli beli-belah
ms_MYMS