Daftarkan perkakas Instant Pot anda di sini dalam tempoh masa 30 hari pembelian untuk mendapat liputan waranti satu tahun! Pendaftaran ini akan membolehkan kami memastikan anda dapatkan infomasi produk baru, resipi-resipi dan rujukan sebarang notifikasi keselamatan produk.

Waranti Terhad

Waranti Terhad ini adalah berkesan selama satu tahun daripada tarikh pembelian asal. Bukti tarikh pembelian yang asal diperlukan untuk mendapat servis dalam Waranti Terhad. Kami akan memperbaiki, menyelenggara atau menukarganti bahagian unit produk anda sekiranya produk gagal berfungsi disebabkan kecacatan pembuatan, berdasarkan pemeriksaan dan taksiran panel juruteknik Instant Pot kami.

Apabila perkakas ini digunakan dan dijaga mengikut arahan yang dilampirkan atau dibekalkan bersama dengan produk, Focus Global Innovations Sdn. Bhd. akan membayar untuk (i) kerja pembaikan bagi membetulkan kecacatan perkakas atau mutu kerja yang wujud semasa perkakas dibeli, atau (ii) dengan hak budi bicara tunggal dan eksklusif, menggantikan perkakas dalam tempoh masa satu tahun dari tarikh pembelian. Jika perkakas anda digantikan, Waranti Terhad pada perkakas terganti akan luput mengikut tarikh asal (iaitu 12 bulan daripada tarikh pembelian asal).

Waranti Terhad ini hanya merangkumi pembeli asal dan penggunaan perkakas di Malaysia. Waranti ini tidak meliputi unit 110 Volt dan dibeli atau diguna luar daripada Malaysia.

Sebarang modifikasi atau percubaan modifikasi terhadap perkakas anda mungkin mengganggu operasi keselamatan perkakas dan akan membatalkan Waranti Terhad. Waranti Terhad ini tidak meliputi perkakas atau bahagian perkakas yang telah diubah atau dimodifikasi daripada penetapan kilang melainkan modifikasi tersebut adalah diberi kuasa nyata oleh wakil Focus Global Innovations Sdn. Bhd. atau wakil sah Pusat Servis.

Focus Global Innovations Sdn. Bhd. tidak bertanggungjawab ke atas kos penghantaran yang berkaitan dengan servis waranti.

Had and Pengecualian

Liabiliti Focus Global Innovations Sdn. Bhd., sekiranya ada, untuk sebarang kecacatan perkakas atau sebahagiannya yang didakwa, tidak akan melebihi harga pembelian sesuatu perkakas penggantian yang setara walau dalam apa jua keadaan. Bahagian yang habis pakai dan aksesori seperti cincin pengedap tidak diliputi oleh waranti ini.

Waranti Terhad tidak meliputi:

  1. Kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian dalam penggunaan atau tersalah guna produk, penggunaan voltan atau arus elektrik yang tidak sesuai, penggunaan yang berlawanan dengan arahan operasi, kemalangan, pengabaian, haus dan lusuh biasa, gagal memberi penyelenggaraan yang perlu dan berpatutuan, penanggalan, penggunaan komersial, atau bencana alam seperti kebakaran, banjir, ribut taufan dan tornado.
  2. Pembaikan di mana perkakas anda bukan untuk kegunaan biasa, misalnya kegunaan sekeluarga rumah atau apabila digunakan dalam cara yang bertentangan dengan pengguna umum atau arahan pengendalian.
  3. Penggunaan bahagian atau aksesori yang tidak sah, atau pembaikan pada bahagian atau sistem yang disebabkan oleh pembaikan atau modifikasi ke atas perkakas oleh orang yang lain daripada wakil Pusat Servis yang diberi kuasa.

Kos pembaikan atau penggantian di bawah pengecualian ini akan ditanggung oleh pelanggan.

Penafian Perwakilan Luar dari Waranti

Focus Global Innovations Sdn. Bhd. tidak membuat sebarang perwakilan tentang kualiti, ketahanan, atau keperluan servis atau pembaikan perkakas melainkan perwakilan yang terkandung di dalam waranti ini.

Pengehadan Remedi; Pengecualian tentang Kerosakan Sampingan dan Turutan

Remedi tunggal dan eksklusif di bawah waranti terhad ini adalah pembaikan produk atau penggantian seperti yang tercatat di sini. Focus Global Innovations Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan sampingan atau turutan dihasilkan daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau prestasi perkakas atau kerosakan berkenaan dengan kerugian ekonomi, kecederaan peribadi, kehilangan harta benda, kehilangan hasil atau keuntungan, kehilangan keseronokan atau penggunaan, kos penanggalan, pemasangan atau kerosakan turutan dari apa jua sifat.

Troli beli-belah
ms_MYMS