WOMEN'S DAY EXCLUSIVE DEALS UP TO 50% OFF + FREE GIFTS (1-31 Mar)!

Larian Ujian Permulaan (Ujian Air 12 psi)

Jalankan ujian awal adalah kaedah cepat dan mudah untuk mengetahui periuk tekanan elektrik Instant Pot anda. Dengan 20 minit dan beberapa cawan air, anda dapat memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan bahawa anda memahami bagaimana pembebasan wap berfungsi.

    1. Sambungkan kabel kuasa ke sumber 220V. Jika kabel kuasa jenis boleh ditanggal, pastikannya dipasang dengan ketat ke sambugan soket di belakang tapak pemasak.
    2. Tambah 3 cawan (24oz/750ml) air ke dalam periuk dalaman.
    3. Masukkan periuk dalaman ke dalam tapak pemasak. (Perhatian: Periuk dalaman mesti digunakan semasa memasak. Jangan mengisi makanan atau cecair ke dalam tapak pemasak tanpa periuk dalaman.
    4. Pastikan cincin pengedap dipasang ke dalam rak cincin pengedap dengan betul. Jika ia berada tepat pada kedudukannya, anda tidak akan dapat menanggalkannya secara mudah.
    5. Letakkan penutup dan putar arah jam untuk menutup dengan sepenuhnya. Pemasak akan mainkan dendangan semasa penutup dibuka atau ditutup.
    6. Tetapkan pelepasan wap pada posisi Mengedap "Pengedap".
    7. Pilih Manual atau Pemasakan Tekanan.
    8. Guna kekunci +/- atau dail untuk menyelaraskan masa memasak ke 5 minit. (Perhatian: Paparan mungkin menunjukkan "5" pada suatu model, dan "00:05" pada model yang lain.
    9. Pemasak akan bermula kitaran pra-pemanasan selepas 10 saat. Paparan akan tunukkan "On" semasa pemasak dipanaskan. Rujuk kepada "Apakah Yang Boleh Dijangkakan Semasa Pengujian Air" (di bawah) untuk informasi tambahan.
    10. Sebaik sahaja kitaran memasak selesai, pemasak akan berbunyi bip and terus mengekal kepanasan ("Keep Warm") sekiranya fungsi ini diaktifkan ("ON").
    11. Gunakan cara pengudaraan Pelepasan Segera (Quick Release, QR) untuk melepasakan tekanan.

Apakah Yang Boleh Dijangkakan Semasa Pengujian Air

    1. Pemanasan dan Penekanan
      • Periuk akan dipanaskan terlebih dahulu menghasilkan wap untuk membina tekanan. Sebaik sahaja tekanan wap telah dikumpulkan, injap apungan akan tertonjol ke atas and memberi tekanan kepada periuk. Semasa Pengujian Air, ia memakan masa 5-15 minit. Jangan tekan ke bawah, injap apungan akan naik ke atas apabila tekanan wap mencukupi. Sebelum periuk penuh dengan tekanan dan injap apungan menonjol ke atas, penutup boleh ditanggalkan. Apabila dalam keadaan bertekanan, penutup akan terkunci. Perhatian: Masa untuk periuk membina tekanan dalam bergantung kepada faktor berlainan, termasuk jumlah kandungan makanan dan cecair. Adalah normal ternampak wap keluar dari lubang injap apungan sehingga injap apungan muncul dan periuk bertekanan. Sekiranya anda nampak wap keluar dari sekeliling penutup, hentikan pengujian untuk memastikan cincin pengedap dipasang dengan sempurna.
    2. Kitaran Memasak
      • Pemasak tidak akan mengira masa dengan segera. Pada mulanya, pemasak harus membina tekanan dalamannya. Dalam jangkamasa 5 minit setelah bertekanan tinggi, pemasak akan berbunyi bip satu kali dan pengiraan masa selesai dipaparkan pada skrin. Apabila masa sampai "00:00", pemasak akan bip 10 kali memberi isyarat bahawa pemasakan sudah selesai. Perhatian: Program Pintar membenarkan anda membuat perubahan masa, suhu dan tahap tekanan semasa kitaran memasak.
    3. Melepaskan tekanan dan Kekalkan Kepanasan
      • WhApabila pemasakan tekanan telah selesai, ikut arahan dalam resipi semasa memilih cara pengudaraan.
        • Pelepasan Semulajadi (NR): Tiada tindakan diperlukan.. Biar pemasak menjadi sejuk secara semulajadi, haba dan tekanan dilepaskan apabila masa berlalu. Ini mungkin mengambil masa 10-40 minit bergantung kepada jumlah makanan.
        • Pelepasan Segera (QR): Putarkan tombol pelepasan wap dari posisi mengedap "Sealing" ke posisi pengudaraan "Venting".
      • Injap apungan akan turun ke bawah apabila pemasak dilepaskan tekanan. Sentiasa memastikan injap apungan telah turun sepenuhnya sebelum membuka penutup. Jika penutup tidak dapat dibuka, jangan memaksa pembukaan penutup.

Jika "Keep Warm" diaktifkan dengan "On" selepas kitaran memasak selessai, pengira masa akan mengira ke atas. Jika "Keep Warm" tidak diaktifkan, pemasak akan kembali ke kedudukan persediaan "Standby". Perhatian: Pemasak akan menjadi sejuk dengan sempurna mengikut NR apabila masa berlalu, tetapi ia akan menyejuk lebih cepat dengan "Keep Warm" dipadamkan.

Troli beli-belah
ms_MYMS